Peeps!!Tima kasih sudi datang ke teratak saya,,semua karya di sini adalah hasil saya,,insyallah berkat jika ada sokongan semua pihak,saya akan terbitkan karya ini..jika ada yang ingin menyumbang idea amatlah dialu-alukan-wanny-

Wednesday 2 November 2011

Erti Cinta Sejati-TERBARU BY WANNY-

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.Ashraf masih dianyam mimpi yang indah.Sudah berkali-kali Mak Jah mengejutkan lelaki itu namun,lelaki itu masih tidur juga.Letih barangkali,getus hati Mak Jah,orang gaji di rumah banglo itu.Zara hanya mampu mengelengkan kepala melihat 'suaminya' yang masih diulit mimpi.Entah apa yang dimimpinya,detik hati Alisya.Pasti Ashraf sedang bermimpi tentang teman wanitanya,Maria.Alisya bertambah geram melihat suaminya yang tidur nyenyak sedangkan dia sedang mengemas rumah.'Dia ingat aku orang gaji ke apa?',luah hati gadis kecil itu.

"Mak Jah,Ash tak bangkit lagi ke?" Alisya memberanikan diri untuk bertanya .

"Belum,Lisya kejutkan dia,boleh".Alisya diam seketika.Tak pasal-pasal dia yang kena.Bagi mengelakkan Mak Jah curiga,Alisya hanya menurut sahaja.
Dia memasuki bilik lelaki itu dengan perasaan geram.

"Ashraf,bangunlah..Mak Jah suruh turun pergi makan"

Ashraf hanya membuka matanya sebentar kemudian memejam balik.

"Awak turunlaa dulu,saya tak larat la",ujar lelaki itu dengan nada sayu.

'Lantak kat kaulah',getus hati Alisya.geram hatinya melihat lelaki itu berkelakuan sedemikian.Bukannya kerja berat pun,jadi bos pun tak larat.Memang lelaki tak boleh dipercayai',omelnya sambill menuruni tangga.

"Alisya,mana Ash?",tanya Mak Jah pabila melihat kelibat gadis itu menuruni tangga.

"Dia tak bangkit lagi,tak larat katanya",balas Alisya dengan nada geram.Marahnya masih membuak-buak memikirkan Ash.

Mak Jah hanya mengelengkan kepalanya.Dia sudah masak dengan peramgai lelaki itu.

"Oh ye!Mak Jah masak apa hari ini..nak Alisya tolong?"Alisya menawarkan bantuan melihat Mak Jah sibuk masak di dapur.

"Mak Jah nak masak asam pedas ikan dengan gulai ikan masin"Mak jah menjawabnya.Dia tahu Alisya suka makan gulai ikan masin tetapi tidak suka asam pedas.Sama juga dengan Ashraf,dia tidak suka makan gulai ikan masin tetapi,suka makan asam pedas.Masing-masing tidak sehaluan.

"Alisya takpayah la tolong Mak Jah,dah memang ini tugas Mak Jah",Mak jah bersuara.

Alisya hanya mengiyakan jawapan Mak Jah dengan bersahaja.

"Mak Jah janganlah cakap macam tu,Mak Jah dah macam keluarga kami sejak mama meninggal.Terharu hati Mak jah mendengar kata-kata Alisya.

Alisya menuju ke ruang tamu untuk menonton televiyen.Hari ini dia cuti jadi dia akan manfaatkan cuti ini.'Biasalah pengantin baru katakan',masih terngiang-ngiang kata yang dilafazkan oleh Mira pabila bosnya beri Alisya cuti 3 hari.Geli hati Alisya mendengar perkataan pengantin.

Kring,kring,telefon Blackberry di tanganya berdering.

"Hello Alisya",kedengaran suara di corong telefonya.
"Excuse me,ni siapa?,Alisya kebingungan memikirkan siapa yang menelefonya.Dilihat di skrin tertera perkataan UNKNOWN.
"Zamani..tak ingat I dah ke?".Alisya cuba ingat siapa Zamani.
"No.You silap number,sorry",Alisya mematikan telefonya.Dia tidak mahu ingat lagi kisah silamnya dengan lelaki yang bernama Zamani itu.

Sudah 3 tahun berpisah mengapa baru sekarang dia menagih cinta yang telah lama dibuangnya jauh-jauh satu ketika dahulu?Cinta yang tidak mendapat restu kedua ibubapanya itulah yang  menyukarkan hubungan Alisya dengan Zamani 3 tahun yang lalu.Dia masih ingat lagi peristiwa hitam yang hampir meragut kesucian gadis itu.Mujur ada Rafiq,bosnya, yang sempat menolongnya.Ya,memang dia di bawah pengaruh alkohol,tapi kenapa?Setahunya,Zamani tak pernah minum arak sepanjang hidupnya.Sayangnya,Alisya tak pernah sempat bertanyakan soalan yang sudah lama terpendam dalam dadanya sejak peristiwa malam itu.Dengar-dengar,Zamani sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara lepas peristiwa malam itu.

"Cik Alisya,dah sampai mana dah..London?",usik lelaki berbadan tegap dari arah belakanya.Dia sudah dapat meneka siapa gerangan orangnya.Terkejut gadis itu dibuatnya.Bukannya nak bagi salam dulu,getus hati kecil gadis itu.

"Awal bangun",Alisya menyindir Ashraf.Mak Jah sudah mengintai dari arah dapur.Wanita 50 an itu yakin pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Alisya dan Ashraf.Menyedari Mak Jah sedang memerhatinya,cepat-cepat lelaki itu duduk di sebelah Alisya.ALisya sudah faham dengan tindak-tanduk lelaki itu.Dia bimbang jika Mak Jah tahu hubungannya dengan Alisya tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Sayang,jom teman abang ke ke supermarket sekarang",ajak Ashraf dengan nada menggoda dan manja.
"Jom,Alisya pun nak beli barang jugak ni",Alisya mahu keluar daripada rumah itu secepatnya bimbang kalau nanti rahsianya terbongkar.

Mereka keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu.Sesudah keluar saja,Alisya menepis tangan lelaki itu.Ashraf faham maksud gadis 20 an itu.

"Jom!"
"Pergi mana?"
"Supermarketlah"
Buat apa?"
Beli baranglah"

Ashraf terus menarik tangan isterinya ke dalam perut kereta.Banyak songeh betulah dia ni,getus hati lelaki itu.Yang pasti hari ini dia mahu habiskan masanya dengan isteri tersayangnya.


                                                         ***********************************************************************************

Ashraf memberi masa 1 Jam kepada Alisya untuk membeli-belah.Dia tahu gadis itu tidak suka dia ikut gadis itu ke sana ke sini.Dia faham kehendak Alisya.Memang itu yang dipegangnya sebelum dia berkhawin dengan Alisya lagi.Alisya menuju ke kedai hadiah.Dia membelek-belek barang di dalam kedai tersebut.Mahu sahaja dia membeli kesemuanya.Tapi untuk siapa?Ashraf?Tak mungkinlah.Buat apa aku nak beli kat dia?,getus hati Alisya.

'Tapi kan hari jadi dia dah nak hampir..takkan aku tak bagi dia apa-apa?sedangkan aku isteri dia?'omel gadis itu sambil memegang salah satu hadiah di situ.

"Ya cik,Cik nak hadiah macamana dan untuk siapa..boleh saya carikan",sapa salah satu pekerja di kedai hadiah tersebut.

"Saya nak cari hadiah untuk suami saya sempena hari jadi dia",Alisya menjawab dengan nada berseloroh.

Pekerja berusia sebayanya itu mencari hadiah yang sesuai.Alisya hanya memerhati gelagatnya.'Cekap',jelas hatinya.

"Ni ok tak Cik?",beritahu pekerja itu sambil menghulurkan kotak muzik yang berwarna kemerahan.Alisya membuka kotak tersebut.Sepasang kekasih sedang menari sambil lagu didendangkan.Entah kenapa hati Alisya berbunga-bunga.Alisya tersenyum sendirian.Tanpa disedari,pekerja itu melihat Alisya dengan pandangan aneh.Akhirnya setelah puas membelek-belek hadiah tersebut,Alisya bersetuju untuk membelinya.Kad kredit dihulur kepada pekerja di kaunter tersebut.

Alisya kembali jalan-jalan di sekitar kawasan tersebut sehinggalah terserempak dngan Ashraf.

"Dah?Beli apa tu?Untuk saya eh?",usik Ashraf apabila melihat beg plastik dijinjing gadis itu..ALisya terkejut dengan kata-kata lelaki itu seolah-olah apa yang dimindanya.

"Perasan!Mana ada..women's stuff",Alisya cuba mengawal riak muka.

"Awak taknak tanya ke saya beli apa?",Ashraf menanya gadis itu.Sahaja ingin menyindir gadis itu.Alisya mencebikkan mulut.Rimas dia dipermainkan Ashraf sedemikian.'Kalau nak bagitau,bagitau jelah',kata hati gadis itu.

"Okey nanti saya bagitau waktu sampai di rumah ye,sayang",usik Ashraf sambil mengucup pipi Alisya.Alisya tersentap

.Tidk disangka, lelaki itu sanggup berbbuat sedemikian di tempat awam.Malu benar dia apabila kucupan Ashraf dilihat oleh beberapa pasang mata di kawasan itu.Cepat-cepat dia beredar dari kawasan tersebut tanpa berkata sepatah.

Hatinya terasa geram dengan perbuatan lelaki itu.Memang dia ada hak untuk berbuat sedemikian, namun dia masih belum bersedia menerima kehadiran lelaki yang bergelar suami dalam hidupnya.Ashraf berasa seronok apabila Alisya tidak merungut seperti selalu apabila lelaki itu berbuat sesuatu yang tidak diingini gadis itu.Ashraf senyum sendirian.

'Apakah hati dia sudah terbuka untukku?Ya Allah,bukakanlah pintu hati Alisya untuk menerima kehadiran aku sebagai suaminya',Ashraf berdoa dalam hati sambil memandu pulang.Alisya pula masih mendiamkan diri dari peristiwa sepontan itu.Barangkali dia marah.Apa=apa pun dia harap kemarahan Alisya akan reda apabila tiba malam nanti.


          ************************************************************************************

Sudah hampir sejam gadis itu mandi.Ashraf sudah bersiap sedia untuk malam ini namun di belum lagi beritahu Alisya.Setelah beberapa minit,Alisya keluar dari kamar mandi.Alisya merenung tajam ke arah Ashraf memberi isyarat kepada lelaki itu agar tidak memandangnya.

"Okey!Saya akan keluar tapi awak bersiap cantik-cantik ye!Saya tunggu awak kat bawah,Kalau awak tak turun,saya panggil Mak Jah",ugut Ashraf dengan nada berseloroh.

Alisya mengiyakan secara terpaksa.Kalau tak,habis lelaki itu merenungnya dengan tajam seolah dapat menembusi segalanya.Seram bulu roma gadis itu.Alsya mengenakan baju dress berwarna merah jambu cair.Rambutnya digulung-gulung di hujungnya sedikit.Gadis itu mengenakan solekan yang nipis di wajah gebunya.Entah kenapa hari ini hatinya berbunga-bunga.ALisya sekali lagi tersenyum sendirian.Mujur Ashraf tidak ada di sini,kalu tak habis dia dituduh tengah berangan tentang lelaki itu.Tapi memang benar,getus hati gadis itu.

Alisya turun ke bawah seperti yang disuruh Ashraf.Dicari kelibat Ashraf namun tidak kelihatan.

'Come here,lady'.sapa Ashraf dari arah belakang.
Terkejut gadis itu.Ashraf terpukau dengan kecantikan Alisya paa malam ini.Tidak disangka,isterinya selama ini sangat jelita seperti bidadari.

"You're so beautiful tonight".puji lelak itu sambil menghulurkan sejambang bunga mawar putih dicampur dengan mawar merah.Alisya hairan kenapa bunga mawar putih dan mawar merah dicampur.

"Mesti awak tengah fikir kenapa saya campur mawar putih dan warna merah kan?Mawar merah bermaksud cinta kita yang mampu membuat hati mekar bahagia dan mawar putihpulabmksud cinta kita yang sentiasa bersih tulus dan suci dari hati",panjag lebar lelaki itu memberi keterangan.

Alisya tersentap dengan kata-kata romantis dari lelaki itu.Baru kali ini dalam hidupnya,dia menerima bunga dan kata yang sedemikian dari seorang lelaki.Bahkan Zamani juga tidak pernah berbuat sedemikian.Mengapa pula dia memikirkan lelaki dayus itu.Cepat-cepat diusir fikiran tentang Zamani.

"Oh ye!Jom dinner bersama.Sayamasak special for you.Just for tonight".ujar lelai itu dengan nada romantis.

ALisya hanya menurut sahaja.Buat prtama kalinya,mereka  makan malam romantis bersama-sama.Ashraf senyum sendirian.Alisya pula masih bingung dengan perasaan sendiri.


                                                                  ******************************************************************************

Monday 19 September 2011

Karya Wani Terhenti seketika

salam muhibah semuanya!!

wanny just nak gitau kali ni wanny nak pencen!

pencen sekejap jelah:)

kenapa ea?

sebab 4/10 ni wanny ada exam :)

nak fokus study dluw..

but,,after that,wanny promise akn buat karya baru untuk korunk,,mau?

ok,,tq..

p/s:Doakan wanny berjaya menduduki exam pmr taun ni dgn cemerlang:)
kalau wanny dapat 9A wanny berazam nk bg hadiah untuk follower wanny:)

Thursday 23 June 2011

BAB SATU-TEMAN ISTIMEWA-

Setiap kali,cikgu tiada dalam kelas pasti sahaja, kelas 5 Biru itulah kelas yang paling bising di blok itu.Masing-masing membuat kerja tersendiri.Ada yang sedang membaca,ada yang sedang bercinta,malah ada yang sedang bergaduh padahal hal tersebut hanya perkara remeh.Berbeza dengan    .Gadis berumur 17 tahun itu sedang mengelamun sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.Memikirkan sesuatu perkara.


"oit!!Yana kau tengah fikir pasal apa,serius semacam je",sapa Mira dari arah belakang.


Gadis itu hanya mampu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.


"Nothing,,,just aku...nak.", belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya,Cikgu Yati masuk ke dalam kelas.Semua pelajar kelam-kabut ke tempat masing-masing.


"Assalamualaikum cikgu",,Azzan,ketua kelas 5 Biru memberi salam kepada cikgu disusuli dengan suara pelajar-pelajar yang lain.

Semua pelajar kembali duduk.Pensil dan pen dikeluarkan oleh yana lalu diletakkan di atas meja.

"Okey semua,sila hantar latihan yang cikgu bagi semalam",pinta Cikgu Yati/


Yana segera mengeluarkan buku tersebut dari beg sekolahnya.Puas dicarinya,namun hampa.Mira,rakan sebelahnya turut berasa gelisah dengan tingkah laku Yana yang cuai.

"Hilang lagi ke,Yana?"

"Yelah..macamana ni..aku yakin pagi tadi ada.",balas Yana.



Aku memandang ke arah Azzan.Dia memberikan senyuman manis namun kalu dilihat dari pandangan aku,senyum tu satu sindiran.

"Yana..mana buku awak!!",Wanita itu menegurnya.
"s..sa..ya....."
"Saya apa?Tak bawa buku  lagilah tu!!",Tekaan Cikgu Yati tepat.Tapi salah pada hakikatnya.Semua pelajar dalam kelas tersebut sibuk mentertawakan dirinya.Langsung tanpa rasa simpati.
"Tu dialah natijah makan cokelat banyak,kan kawan-kawan??",ujar Aiman,antara pelajar lelaki yang gemar mentertawakan dirinya.Satu kelas mentertawakan Yana kecuali Amirul.Sungguh baik hati Am,desis Yana dalam hatinya.


Yana tidak minta untuk dilahirkan sebegini rupa.Dia sedar tubuh badannya yang agak gempal menyebabkan ramai orang tidak suka berkawan dengannya.Dia hanya mampu pasrah dan reda.

Sunday 12 June 2011

Saat kau kata Cinta

Rina dan Reza dikahwinkan atas dasar paksan.Inbubapanya yang memaksa mereka dikahwinkan.Mahligai kasih yang dibina bersama,Khai tidak kesampaian.Hubungan mereka terputus di tengah jalan.Khai juga menghilangkan diri selepas dia berkhawin dengan Reza.Dengar2 khabar Khai sudahpun berkhawin dan mempunyai 3 orang anak hasil perkhawinannya dengan Emma,teman sekolejnya.Setiap malam,Reza cuba mengelak dari tidur dengan Rina.Dia tidak mahu Rina mendapat tahu tentang penyakitnya.Dia bimbang sekiranya Rina akan meninggalkannya.Semakin hari rina smakin buntu dengan perangai suaminya.Saat cinta mula bertandang,Reza pula menghalangnya.Rina hanya rinduka belaian kasih dari seorang suami.Sehinggalah muncul Juita membongkarkan segala rahsia antara mereka.Berjuta persoalan tersingkap dalam minda Rina.Mampukah Rina meraih cinta Reza dan apakah rahsia besar yang disimpan oleh Reza selam 10 tahun itu?

Wednesday 8 June 2011

BAyang2 Cinta

-Bayang-bayang cinta-

Setiap insan memiliki keistimewaan masing-masing.Namun tidak bagi Risya,gadis berumur 20 tahun yang cacat penglihatan.Dia juga hidup terumbang-ambing tanpa kasih sayang ibubapa.Dia sentiasa mengimpikan agar dia dapat kembali tinggal bersama ibu dan bapanya.Risya dibuang keluarga sejak kecil lagi.Keluarganya tidak mahu membelanya lagi kerana kecacatan yang tidak dipintanya.Hari demi hari,Risya melangkah ke hadapan dengan tabah tanpa menghiraukan cemuhan orang di sekelilingnya.Setiap malam,gadis itu hanya mampu menangis teresak-esak mengenangkan apa salahnya sehingga orang tuanya sanggup membuangnya tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.Mujurlah,,ada Dato Halim sekeluarga yang mengangkat Risya sebagai anak mereka.Dato Halim mempunyai seorang anak lelaki bernama Ammar.Dia mengambil Risya sebagai ank angkat kerana dia inginkan cahaya mata perempuan walaupun itu bukan dari darah dagingnya.Risya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Sehinggalah pada suatu hari,doa Risya dikabulkan.Akhirnya dia dapat melihat ciptaan yang Esa.Risya menerima penderma mata daripada seseorang.Namun,setelah pembedahan selesai,Risya berharap orang pertama yang dia akan lihat ialah rupa Dato Halim.Tetapi,suatu peristiwa kembali membuat gadis itu berduka.Ammar pula sentiasa mencurigai niat Risya sejak dahulu lagi.Tanpa disangka,satu peristiwa menyebabkan hati mereka bertaut.Masing-masing dengan ego tersendiri.Sehinggalah Risya merempuh kemalangan.Nyawanya seperti di hujung rambut.Ammar pula diserbu rasa bersalah.Akhirnya,Allah lebih menyayangi nya.Risya tiada lagi di muka bumi ini.Hanya namanya sahaja.Ammar menjalani liku-liku hidup dengan penuh duka.Walau beribu wanita cantik yang datang padanya,dia tidak akan mudah tergoda.Hanya Risya sahaja yang mampu menggoda jiwanya.Ternyata,Alllah masih menyayangi dirinya.Pertembuan yang tidak disangka menggembitrakan hatinya semula.Misha Darlina,gadis itulah yang mampu menyembuhkan luka lamanya.Wajahnya sememangnya mirip sekali.Hanya dialah pengubat ridunya yang terpendam selama ini.Malangnya,Misya anti lelaki.Dia benci akan kaum itu.Cinta Ammar tidak disambut.Misya terus menolak cinta lelaki itu.Ammar tidak mahu perkara dahulu berulang lagi.Punah hatinya masih terasa lagi.Mampukan Ammar meraih cinta Misya di saat kekasih dahulunya menagih janji.Antara persahabtan dan percintaan,yang manakah akan dipilihnya?

-TAMAT-
***Suka???Like****

kalu bnyk like..nnti kita buat full story ye!

Sunday 5 June 2011

Teman paling istimewa..

Setiap gadis yang meningkat dewasa pasti mendambakan seseorang yang dianggap sebagai teman lelaki.Begitu juga dengan Yana,gadis  tingkatan lima di Sekolah Sri Bangsar.Dia memiliki tubuh badan yang gempal serta berkaca mata putih.Dia adalah seorang gadis yang gemar makan coklat dan kek.Tanpa kedua-dua itu,hidup dia akan merana.Semua teman-temannya sibuk mengata keadaan fizikalnya,termasuklah kumpulan Slim yang terdiri daripada Zira,musuh ketatnya.Namun,Yana tidak mempedulikan karenah kumpulan itu.Baginya lebih baik kita menjadi diri sendiri daripada mengikut personaliti orang lain.

Setiap hari pasti Yana akan dicaci bahkan suatu hari dulu,Zira dan kawan-kawannya pernah menjaja dan menfitnah namanya ke satu sekolah.Semua kaum lelaki memandang rendah dan hina pada diri gadis itu.Yana semakin hari semakin buntu mencari jalan penyelesaian.Puas Yana meminta maaf namun layanannya tidak diendahkan oleh kumpulan Slim itu.Sebenarnya,sebagai seorang gadis yang normal,dia sememangnya menginginkan seseorang yang dikatakan sebagai teman lelaki.Semua kawan sekelasnya purata mempunyai  teman lelaki masing-masing.

Termasuklah dua orang rakan baiknya Mira dan Alya.Hanya dua orang gadis itulah yang sentiasa menyokongnya dari belakang.Yana sedar dari personalitinya yang tidak menarik,tiada sesiapun yang ingin berdamping dengannya,apalagi hendak berteman dengannya.Berbeza dengan Zira,semua orang lebih gemar berkawan dengannya.Bahkan,dia juga mempunyai teman lelaki keliling pinggangnya.Mahu tidaknya.,dengan bentuk badannya yang ramping,rupa paras yang menawan,sesiapa sahaja yang melihat pasti tertawan.

Akhirnya,berkat sokongan kedua orang sahabatnya,Yana telah berubah sepenuhnya.Semenjak cuti pertengahan tahun lagi satu sekolah perasan akan perubahan ketara itu.Yana semakin cantik bahkan lebih cantik daripada Zira,gadis bermulut murai itu.Semua lelaki terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh Yana.Dia kini tidak lagi memakai cermin mata dan yang paling menabjubkan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar ialah bentuk badannya.Kalau dulu dia sering diejek kerana bentuk fizikalnya tetapi kini dia menjadi idola bagi seluruh pelajar perempuan.Tidak kurang  juga bagi pelajar-pelajar lelaki,nama Yana sering menjadi idaman setiap pelajar lelaki di Sekolah Sri Bangsar.


Sebut sahaja nama Yana semua orang mengenali dirinya.Yang paling lawak sekali,ada seorang pelajar lelaki yang selamba sahaja meluahkan perasaan cintanya pada Yana.Habis gosip itu tersebar di serata sekolah.Malu dibuatnya.Malah,ini membuatkan Zira bertambah geram apabila teman lelakinya,Ashraf,meninggalkannya.Yana sendiri juga hairan dengan setiap lelaki yang mendampingi Zira apatah lagi, menjadi teman lelakinya.Manakan tidaknya,mulutnya sekali berceloteh memang seperti laser.Nasiblah Yana sudah terbiasa dengan mulut laser musuhnnya itu.


Setiap hari,pasti ada sahaja pujian yang diterima gadis itu.Namun semua pujian itu lansung tidak membuatkan Yana berasa terharu.Dia hanya suka akan sesearang itu sahaja.Mira dan Alya sudah mengerti siapa lelaki bertuah itu.Sejak dari tingkatan dua lagi, Yana sangat suka berkawan dengan Ashraf.Perwatakan lelaki itu sungguh menarik sehingga menjadi pujaan setiap pelajar perempuan di sekolah ini.Namun,dahulu Yana tidak berani meluahkan perasaanya kerana bentuk badannya yang sering menjadi ejekan semua pelajar.Pernah sekali,Yana terdetik di hatinya untuk tidak mahu wujud dalam dunia ini kerana hadirnya gadis itu lansung tidak disukai dan dihargai orang ramai.Mujurlah,Ashraf pernah sekali memberi kata-kata semangat padanya.Sejak dari itulah Yana sentiasa tabah menghadapi cacian dari semua pelajar.


Bahkan ada sahaja orang yang ingin mempersendakan dia di khalayak ramai.Siapalah yang sanggup menghadapi semua ejekan itu?.Mira dan Alya juga hairan dengan ketabahan dan kecekalan hati yang dimiliki oleh gadis berumur 17 tahun itu.Yana hanya bersabar dengan semua kejahatan yang dibuat pada dirinya lebih-lebih lagi Zira.Bahkan Yana selalu berdoa agar suatu hari nanti Zira dapat menjadi kawan baiknya.Sehinggalah pada suatu hari Ashraf menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki Yana.Siapa yang tidak seronok jikalau jejaka pujaan semua gadis di Sekolah Sri Bangsar menjadi teman lelaki mereka?.Berbeza dengan gadis itu,dia tidak menerina tawaran lelaki itu.Dia tidak rela jikalau temannya ,Zira,berasa cemburu dan marah suatu hari nanti jika melihat dirinya bersama bekas teman lelakinya.


Jadi,Yana memutuskan untuk berkawan sahaja dengan Ashraf.Habis heboh satu sekolah menyatakan bahawaYana sendiri yang terhegeh-hegeh untuk berkawan dengan lelaki itu.Zira sendiri hairan dengan sikap Yana yang tidak menerima Ashraf sebagai teman lelakinya.Setiap hari, Ashraf dan Yana akan keluar rehat bersama-sama.Pergi sekolah juga boleh dikatakan sentiasa bersama-sama.Semua pelajar Sekolah Sri Bangsar cemburu melihat keakraban mereka.Yana berasa  sungguh gembira dapat berkawan dengan lelaki itu.Sehinggalah pada suatu hari,kelibat Zizi lansung tidak kelihatan selama seminggu..Ada gosip yang mengatakan Zizi kecewa ditinggalkan oleh Ashraf lalu membunuh diri.Yana diserbu rasa bersalah.Apakah salah Yana ingin berkawan dengan Ashraf?.Akhirnya Yana mengambil keputusan untuk menziarahi Zizi di rumahnya.Rupa-rupanya,Zizi menghidapi penyakit demam campak.


Mujurlah,penyakitnya sudah beransur pulih.Namun,kesan parut akibat demam campak itu masih jelas kelihatan.Zizi menjelaskan bahawa dia berasa malu untuk ke sekolah dengan penampilannya yang sudah buruk.Yana menasihatinya dengan penuh kesabaran.Yana memberikan tips-tips untuk mengurangkan masalah parutnya.Semakin hari,hubungan antara Zizi dan Yana semakin akrab.Bahkan parut di muka Zizi juga beransur hilang.Berkat kesabaran Yana selama ini,Zizi,Yana,Mira,Alya dan Ashraf telah membentuk  satu ikatan sahabat yang paling utuh di sekolah Sri Bangsar.Dan,Yana sedar teman lelaki tidak semestinya perlu dimiliki oleh setiap gadis.Ikatan persahabatan yang lebih utuh lebih bermakna dalam hidup kita.