Setiap kali,cikgu tiada dalam kelas pasti sahaja, kelas 5 Biru itulah kelas yang paling bising di blok itu.Masing-masing membuat kerja tersendiri.Ada yang sedang membaca,ada yang sedang bercinta,malah ada yang sedang bergaduh padahal hal tersebut hanya perkara remeh.Berbeza dengan .Gadis berumur 17 tahun itu sedang mengelamun sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.Memikirkan sesuatu perkara.
"oit!!Yana kau tengah fikir pasal apa,serius semacam je",sapa Mira dari arah belakang.
Gadis itu hanya mampu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"Nothing,,,just aku...nak.", belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya,Cikgu Yati masuk ke dalam kelas.Semua pelajar kelam-kabut ke tempat masing-masing.
"Assalamualaikum cikgu",,Azzan,ketua kelas 5 Biru memberi salam kepada cikgu disusuli dengan suara pelajar-pelajar yang lain.
Semua pelajar kembali duduk.Pensil dan pen dikeluarkan oleh yana lalu diletakkan di atas meja.
"Okey semua,sila hantar latihan yang cikgu bagi semalam",pinta Cikgu Yati/
Yana segera mengeluarkan buku tersebut dari beg sekolahnya.Puas dicarinya,namun hampa.Mira,rakan sebelahnya turut berasa gelisah dengan tingkah laku Yana yang cuai.
"Hilang lagi ke,Yana?"
"Yelah..macamana ni..aku yakin pagi tadi ada.",balas Yana.
Aku memandang ke arah Azzan.Dia memberikan senyuman manis namun kalu dilihat dari pandangan aku,senyum tu satu sindiran.
"Yana..mana buku awak!!",Wanita itu menegurnya.
"s..sa..ya....."
"Saya apa?Tak bawa buku lagilah tu!!",Tekaan Cikgu Yati tepat.Tapi salah pada hakikatnya.Semua pelajar dalam kelas tersebut sibuk mentertawakan dirinya.Langsung tanpa rasa simpati.
"Tu dialah natijah makan cokelat banyak,kan kawan-kawan??",ujar Aiman,antara pelajar lelaki yang gemar mentertawakan dirinya.Satu kelas mentertawakan Yana kecuali Amirul.Sungguh baik hati Am,desis Yana dalam hatinya.
Yana tidak minta untuk dilahirkan sebegini rupa.Dia sedar tubuh badannya yang agak gempal menyebabkan ramai orang tidak suka berkawan dengannya.Dia hanya mampu pasrah dan reda.
No comments:
Post a Comment