-Bayang-bayang cinta-
Setiap insan memiliki keistimewaan masing-masing.Namun tidak bagi Risya,gadis berumur 20 tahun yang cacat penglihatan.Dia juga hidup terumbang-ambing tanpa kasih sayang ibubapa.Dia sentiasa mengimpikan agar dia dapat kembali tinggal bersama ibu dan bapanya.Risya dibuang keluarga sejak kecil lagi.Keluarganya tidak mahu membelanya lagi kerana kecacatan yang tidak dipintanya.Hari demi hari,Risya melangkah ke hadapan dengan tabah tanpa menghiraukan cemuhan orang di sekelilingnya.Setiap malam,gadis itu hanya mampu menangis teresak-esak mengenangkan apa salahnya sehingga orang tuanya sanggup membuangnya tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.Mujurlah,,ada Dato Halim sekeluarga yang mengangkat Risya sebagai anak mereka.Dato Halim mempunyai seorang anak lelaki bernama Ammar.Dia mengambil Risya sebagai ank angkat kerana dia inginkan cahaya mata perempuan walaupun itu bukan dari darah dagingnya.Risya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Sehinggalah pada suatu hari,doa Risya dikabulkan.Akhirnya dia dapat melihat ciptaan yang Esa.Risya menerima penderma mata daripada seseorang.Namun,setelah pembedahan selesai,Risya berharap orang pertama yang dia akan lihat ialah rupa Dato Halim.Tetapi,suatu peristiwa kembali membuat gadis itu berduka.Ammar pula sentiasa mencurigai niat Risya sejak dahulu lagi.Tanpa disangka,satu peristiwa menyebabkan hati mereka bertaut.Masing-masing dengan ego tersendiri.Sehinggalah Risya merempuh kemalangan.Nyawanya seperti di hujung rambut.Ammar pula diserbu rasa bersalah.Akhirnya,Allah lebih menyayangi nya.Risya tiada lagi di muka bumi ini.Hanya namanya sahaja.Ammar menjalani liku-liku hidup dengan penuh duka.Walau beribu wanita cantik yang datang padanya,dia tidak akan mudah tergoda.Hanya Risya sahaja yang mampu menggoda jiwanya.Ternyata,Alllah masih menyayangi dirinya.Pertembuan yang tidak disangka menggembitrakan hatinya semula.Misha Darlina,gadis itulah yang mampu menyembuhkan luka lamanya.Wajahnya sememangnya mirip sekali.Hanya dialah pengubat ridunya yang terpendam selama ini.Malangnya,Misya anti lelaki.Dia benci akan kaum itu.Cinta Ammar tidak disambut.Misya terus menolak cinta lelaki itu.Ammar tidak mahu perkara dahulu berulang lagi.Punah hatinya masih terasa lagi.Mampukan Ammar meraih cinta Misya di saat kekasih dahulunya menagih janji.Antara persahabtan dan percintaan,yang manakah akan dipilihnya?
-TAMAT-
***Suka???Like****
kalu bnyk like..nnti kita buat full story ye!
No comments:
Post a Comment