Peeps!!Tima kasih sudi datang ke teratak saya,,semua karya di sini adalah hasil saya,,insyallah berkat jika ada sokongan semua pihak,saya akan terbitkan karya ini..jika ada yang ingin menyumbang idea amatlah dialu-alukan-wanny-

Wednesday, 2 November 2011

Erti Cinta Sejati-TERBARU BY WANNY-

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.Ashraf masih dianyam mimpi yang indah.Sudah berkali-kali Mak Jah mengejutkan lelaki itu namun,lelaki itu masih tidur juga.Letih barangkali,getus hati Mak Jah,orang gaji di rumah banglo itu.Zara hanya mampu mengelengkan kepala melihat 'suaminya' yang masih diulit mimpi.Entah apa yang dimimpinya,detik hati Alisya.Pasti Ashraf sedang bermimpi tentang teman wanitanya,Maria.Alisya bertambah geram melihat suaminya yang tidur nyenyak sedangkan dia sedang mengemas rumah.'Dia ingat aku orang gaji ke apa?',luah hati gadis kecil itu.

"Mak Jah,Ash tak bangkit lagi ke?" Alisya memberanikan diri untuk bertanya .

"Belum,Lisya kejutkan dia,boleh".Alisya diam seketika.Tak pasal-pasal dia yang kena.Bagi mengelakkan Mak Jah curiga,Alisya hanya menurut sahaja.
Dia memasuki bilik lelaki itu dengan perasaan geram.

"Ashraf,bangunlah..Mak Jah suruh turun pergi makan"

Ashraf hanya membuka matanya sebentar kemudian memejam balik.

"Awak turunlaa dulu,saya tak larat la",ujar lelaki itu dengan nada sayu.

'Lantak kat kaulah',getus hati Alisya.geram hatinya melihat lelaki itu berkelakuan sedemikian.Bukannya kerja berat pun,jadi bos pun tak larat.Memang lelaki tak boleh dipercayai',omelnya sambill menuruni tangga.

"Alisya,mana Ash?",tanya Mak Jah pabila melihat kelibat gadis itu menuruni tangga.

"Dia tak bangkit lagi,tak larat katanya",balas Alisya dengan nada geram.Marahnya masih membuak-buak memikirkan Ash.

Mak Jah hanya mengelengkan kepalanya.Dia sudah masak dengan peramgai lelaki itu.

"Oh ye!Mak Jah masak apa hari ini..nak Alisya tolong?"Alisya menawarkan bantuan melihat Mak Jah sibuk masak di dapur.

"Mak Jah nak masak asam pedas ikan dengan gulai ikan masin"Mak jah menjawabnya.Dia tahu Alisya suka makan gulai ikan masin tetapi tidak suka asam pedas.Sama juga dengan Ashraf,dia tidak suka makan gulai ikan masin tetapi,suka makan asam pedas.Masing-masing tidak sehaluan.

"Alisya takpayah la tolong Mak Jah,dah memang ini tugas Mak Jah",Mak jah bersuara.

Alisya hanya mengiyakan jawapan Mak Jah dengan bersahaja.

"Mak Jah janganlah cakap macam tu,Mak Jah dah macam keluarga kami sejak mama meninggal.Terharu hati Mak jah mendengar kata-kata Alisya.

Alisya menuju ke ruang tamu untuk menonton televiyen.Hari ini dia cuti jadi dia akan manfaatkan cuti ini.'Biasalah pengantin baru katakan',masih terngiang-ngiang kata yang dilafazkan oleh Mira pabila bosnya beri Alisya cuti 3 hari.Geli hati Alisya mendengar perkataan pengantin.

Kring,kring,telefon Blackberry di tanganya berdering.

"Hello Alisya",kedengaran suara di corong telefonya.
"Excuse me,ni siapa?,Alisya kebingungan memikirkan siapa yang menelefonya.Dilihat di skrin tertera perkataan UNKNOWN.
"Zamani..tak ingat I dah ke?".Alisya cuba ingat siapa Zamani.
"No.You silap number,sorry",Alisya mematikan telefonya.Dia tidak mahu ingat lagi kisah silamnya dengan lelaki yang bernama Zamani itu.

Sudah 3 tahun berpisah mengapa baru sekarang dia menagih cinta yang telah lama dibuangnya jauh-jauh satu ketika dahulu?Cinta yang tidak mendapat restu kedua ibubapanya itulah yang  menyukarkan hubungan Alisya dengan Zamani 3 tahun yang lalu.Dia masih ingat lagi peristiwa hitam yang hampir meragut kesucian gadis itu.Mujur ada Rafiq,bosnya, yang sempat menolongnya.Ya,memang dia di bawah pengaruh alkohol,tapi kenapa?Setahunya,Zamani tak pernah minum arak sepanjang hidupnya.Sayangnya,Alisya tak pernah sempat bertanyakan soalan yang sudah lama terpendam dalam dadanya sejak peristiwa malam itu.Dengar-dengar,Zamani sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara lepas peristiwa malam itu.

"Cik Alisya,dah sampai mana dah..London?",usik lelaki berbadan tegap dari arah belakanya.Dia sudah dapat meneka siapa gerangan orangnya.Terkejut gadis itu dibuatnya.Bukannya nak bagi salam dulu,getus hati kecil gadis itu.

"Awal bangun",Alisya menyindir Ashraf.Mak Jah sudah mengintai dari arah dapur.Wanita 50 an itu yakin pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Alisya dan Ashraf.Menyedari Mak Jah sedang memerhatinya,cepat-cepat lelaki itu duduk di sebelah Alisya.ALisya sudah faham dengan tindak-tanduk lelaki itu.Dia bimbang jika Mak Jah tahu hubungannya dengan Alisya tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Sayang,jom teman abang ke ke supermarket sekarang",ajak Ashraf dengan nada menggoda dan manja.
"Jom,Alisya pun nak beli barang jugak ni",Alisya mahu keluar daripada rumah itu secepatnya bimbang kalau nanti rahsianya terbongkar.

Mereka keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu.Sesudah keluar saja,Alisya menepis tangan lelaki itu.Ashraf faham maksud gadis 20 an itu.

"Jom!"
"Pergi mana?"
"Supermarketlah"
Buat apa?"
Beli baranglah"

Ashraf terus menarik tangan isterinya ke dalam perut kereta.Banyak songeh betulah dia ni,getus hati lelaki itu.Yang pasti hari ini dia mahu habiskan masanya dengan isteri tersayangnya.


                                                         ***********************************************************************************

Ashraf memberi masa 1 Jam kepada Alisya untuk membeli-belah.Dia tahu gadis itu tidak suka dia ikut gadis itu ke sana ke sini.Dia faham kehendak Alisya.Memang itu yang dipegangnya sebelum dia berkhawin dengan Alisya lagi.Alisya menuju ke kedai hadiah.Dia membelek-belek barang di dalam kedai tersebut.Mahu sahaja dia membeli kesemuanya.Tapi untuk siapa?Ashraf?Tak mungkinlah.Buat apa aku nak beli kat dia?,getus hati Alisya.

'Tapi kan hari jadi dia dah nak hampir..takkan aku tak bagi dia apa-apa?sedangkan aku isteri dia?'omel gadis itu sambil memegang salah satu hadiah di situ.

"Ya cik,Cik nak hadiah macamana dan untuk siapa..boleh saya carikan",sapa salah satu pekerja di kedai hadiah tersebut.

"Saya nak cari hadiah untuk suami saya sempena hari jadi dia",Alisya menjawab dengan nada berseloroh.

Pekerja berusia sebayanya itu mencari hadiah yang sesuai.Alisya hanya memerhati gelagatnya.'Cekap',jelas hatinya.

"Ni ok tak Cik?",beritahu pekerja itu sambil menghulurkan kotak muzik yang berwarna kemerahan.Alisya membuka kotak tersebut.Sepasang kekasih sedang menari sambil lagu didendangkan.Entah kenapa hati Alisya berbunga-bunga.Alisya tersenyum sendirian.Tanpa disedari,pekerja itu melihat Alisya dengan pandangan aneh.Akhirnya setelah puas membelek-belek hadiah tersebut,Alisya bersetuju untuk membelinya.Kad kredit dihulur kepada pekerja di kaunter tersebut.

Alisya kembali jalan-jalan di sekitar kawasan tersebut sehinggalah terserempak dngan Ashraf.

"Dah?Beli apa tu?Untuk saya eh?",usik Ashraf apabila melihat beg plastik dijinjing gadis itu..ALisya terkejut dengan kata-kata lelaki itu seolah-olah apa yang dimindanya.

"Perasan!Mana ada..women's stuff",Alisya cuba mengawal riak muka.

"Awak taknak tanya ke saya beli apa?",Ashraf menanya gadis itu.Sahaja ingin menyindir gadis itu.Alisya mencebikkan mulut.Rimas dia dipermainkan Ashraf sedemikian.'Kalau nak bagitau,bagitau jelah',kata hati gadis itu.

"Okey nanti saya bagitau waktu sampai di rumah ye,sayang",usik Ashraf sambil mengucup pipi Alisya.Alisya tersentap

.Tidk disangka, lelaki itu sanggup berbbuat sedemikian di tempat awam.Malu benar dia apabila kucupan Ashraf dilihat oleh beberapa pasang mata di kawasan itu.Cepat-cepat dia beredar dari kawasan tersebut tanpa berkata sepatah.

Hatinya terasa geram dengan perbuatan lelaki itu.Memang dia ada hak untuk berbuat sedemikian, namun dia masih belum bersedia menerima kehadiran lelaki yang bergelar suami dalam hidupnya.Ashraf berasa seronok apabila Alisya tidak merungut seperti selalu apabila lelaki itu berbuat sesuatu yang tidak diingini gadis itu.Ashraf senyum sendirian.

'Apakah hati dia sudah terbuka untukku?Ya Allah,bukakanlah pintu hati Alisya untuk menerima kehadiran aku sebagai suaminya',Ashraf berdoa dalam hati sambil memandu pulang.Alisya pula masih mendiamkan diri dari peristiwa sepontan itu.Barangkali dia marah.Apa=apa pun dia harap kemarahan Alisya akan reda apabila tiba malam nanti.


          ************************************************************************************

Sudah hampir sejam gadis itu mandi.Ashraf sudah bersiap sedia untuk malam ini namun di belum lagi beritahu Alisya.Setelah beberapa minit,Alisya keluar dari kamar mandi.Alisya merenung tajam ke arah Ashraf memberi isyarat kepada lelaki itu agar tidak memandangnya.

"Okey!Saya akan keluar tapi awak bersiap cantik-cantik ye!Saya tunggu awak kat bawah,Kalau awak tak turun,saya panggil Mak Jah",ugut Ashraf dengan nada berseloroh.

Alisya mengiyakan secara terpaksa.Kalau tak,habis lelaki itu merenungnya dengan tajam seolah dapat menembusi segalanya.Seram bulu roma gadis itu.Alsya mengenakan baju dress berwarna merah jambu cair.Rambutnya digulung-gulung di hujungnya sedikit.Gadis itu mengenakan solekan yang nipis di wajah gebunya.Entah kenapa hari ini hatinya berbunga-bunga.ALisya sekali lagi tersenyum sendirian.Mujur Ashraf tidak ada di sini,kalu tak habis dia dituduh tengah berangan tentang lelaki itu.Tapi memang benar,getus hati gadis itu.

Alisya turun ke bawah seperti yang disuruh Ashraf.Dicari kelibat Ashraf namun tidak kelihatan.

'Come here,lady'.sapa Ashraf dari arah belakang.
Terkejut gadis itu.Ashraf terpukau dengan kecantikan Alisya paa malam ini.Tidak disangka,isterinya selama ini sangat jelita seperti bidadari.

"You're so beautiful tonight".puji lelak itu sambil menghulurkan sejambang bunga mawar putih dicampur dengan mawar merah.Alisya hairan kenapa bunga mawar putih dan mawar merah dicampur.

"Mesti awak tengah fikir kenapa saya campur mawar putih dan warna merah kan?Mawar merah bermaksud cinta kita yang mampu membuat hati mekar bahagia dan mawar putihpulabmksud cinta kita yang sentiasa bersih tulus dan suci dari hati",panjag lebar lelaki itu memberi keterangan.

Alisya tersentap dengan kata-kata romantis dari lelaki itu.Baru kali ini dalam hidupnya,dia menerima bunga dan kata yang sedemikian dari seorang lelaki.Bahkan Zamani juga tidak pernah berbuat sedemikian.Mengapa pula dia memikirkan lelaki dayus itu.Cepat-cepat diusir fikiran tentang Zamani.

"Oh ye!Jom dinner bersama.Sayamasak special for you.Just for tonight".ujar lelai itu dengan nada romantis.

ALisya hanya menurut sahaja.Buat prtama kalinya,mereka  makan malam romantis bersama-sama.Ashraf senyum sendirian.Alisya pula masih bingung dengan perasaan sendiri.


                                                                  ******************************************************************************

No comments:

Post a Comment