Setiap kali,cikgu tiada dalam kelas pasti sahaja, kelas 5 Biru itulah kelas yang paling bising di blok itu.Masing-masing membuat kerja tersendiri.Ada yang sedang membaca,ada yang sedang bercinta,malah ada yang sedang bergaduh padahal hal tersebut hanya perkara remeh.Berbeza dengan .Gadis berumur 17 tahun itu sedang mengelamun sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.Memikirkan sesuatu perkara.
"oit!!Yana kau tengah fikir pasal apa,serius semacam je",sapa Mira dari arah belakang.
Gadis itu hanya mampu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"Nothing,,,just aku...nak.", belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya,Cikgu Yati masuk ke dalam kelas.Semua pelajar kelam-kabut ke tempat masing-masing.
"Assalamualaikum cikgu",,Azzan,ketua kelas 5 Biru memberi salam kepada cikgu disusuli dengan suara pelajar-pelajar yang lain.
Semua pelajar kembali duduk.Pensil dan pen dikeluarkan oleh yana lalu diletakkan di atas meja.
"Okey semua,sila hantar latihan yang cikgu bagi semalam",pinta Cikgu Yati/
Yana segera mengeluarkan buku tersebut dari beg sekolahnya.Puas dicarinya,namun hampa.Mira,rakan sebelahnya turut berasa gelisah dengan tingkah laku Yana yang cuai.
"Hilang lagi ke,Yana?"
"Yelah..macamana ni..aku yakin pagi tadi ada.",balas Yana.
Aku memandang ke arah Azzan.Dia memberikan senyuman manis namun kalu dilihat dari pandangan aku,senyum tu satu sindiran.
"Yana..mana buku awak!!",Wanita itu menegurnya.
"s..sa..ya....."
"Saya apa?Tak bawa buku lagilah tu!!",Tekaan Cikgu Yati tepat.Tapi salah pada hakikatnya.Semua pelajar dalam kelas tersebut sibuk mentertawakan dirinya.Langsung tanpa rasa simpati.
"Tu dialah natijah makan cokelat banyak,kan kawan-kawan??",ujar Aiman,antara pelajar lelaki yang gemar mentertawakan dirinya.Satu kelas mentertawakan Yana kecuali Amirul.Sungguh baik hati Am,desis Yana dalam hatinya.
Yana tidak minta untuk dilahirkan sebegini rupa.Dia sedar tubuh badannya yang agak gempal menyebabkan ramai orang tidak suka berkawan dengannya.Dia hanya mampu pasrah dan reda.
aku boodark yang mahu jadi novelist termasyur seperti k.ain dan k.aisya
Thursday, 23 June 2011
Sunday, 12 June 2011
Saat kau kata Cinta
Rina dan Reza dikahwinkan atas dasar paksan.Inbubapanya yang memaksa mereka dikahwinkan.Mahligai kasih yang dibina bersama,Khai tidak kesampaian.Hubungan mereka terputus di tengah jalan.Khai juga menghilangkan diri selepas dia berkhawin dengan Reza.Dengar2 khabar Khai sudahpun berkhawin dan mempunyai 3 orang anak hasil perkhawinannya dengan Emma,teman sekolejnya.Setiap malam,Reza cuba mengelak dari tidur dengan Rina.Dia tidak mahu Rina mendapat tahu tentang penyakitnya.Dia bimbang sekiranya Rina akan meninggalkannya.Semakin hari rina smakin buntu dengan perangai suaminya.Saat cinta mula bertandang,Reza pula menghalangnya.Rina hanya rinduka belaian kasih dari seorang suami.Sehinggalah muncul Juita membongkarkan segala rahsia antara mereka.Berjuta persoalan tersingkap dalam minda Rina.Mampukah Rina meraih cinta Reza dan apakah rahsia besar yang disimpan oleh Reza selam 10 tahun itu?
Wednesday, 8 June 2011
BAyang2 Cinta
-Bayang-bayang cinta-
Setiap insan memiliki keistimewaan masing-masing.Namun tidak bagi Risya,gadis berumur 20 tahun yang cacat penglihatan.Dia juga hidup terumbang-ambing tanpa kasih sayang ibubapa.Dia sentiasa mengimpikan agar dia dapat kembali tinggal bersama ibu dan bapanya.Risya dibuang keluarga sejak kecil lagi.Keluarganya tidak mahu membelanya lagi kerana kecacatan yang tidak dipintanya.Hari demi hari,Risya melangkah ke hadapan dengan tabah tanpa menghiraukan cemuhan orang di sekelilingnya.Setiap malam,gadis itu hanya mampu menangis teresak-esak mengenangkan apa salahnya sehingga orang tuanya sanggup membuangnya tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.Mujurlah,,ada Dato Halim sekeluarga yang mengangkat Risya sebagai anak mereka.Dato Halim mempunyai seorang anak lelaki bernama Ammar.Dia mengambil Risya sebagai ank angkat kerana dia inginkan cahaya mata perempuan walaupun itu bukan dari darah dagingnya.Risya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Sehinggalah pada suatu hari,doa Risya dikabulkan.Akhirnya dia dapat melihat ciptaan yang Esa.Risya menerima penderma mata daripada seseorang.Namun,setelah pembedahan selesai,Risya berharap orang pertama yang dia akan lihat ialah rupa Dato Halim.Tetapi,suatu peristiwa kembali membuat gadis itu berduka.Ammar pula sentiasa mencurigai niat Risya sejak dahulu lagi.Tanpa disangka,satu peristiwa menyebabkan hati mereka bertaut.Masing-masing dengan ego tersendiri.Sehinggalah Risya merempuh kemalangan.Nyawanya seperti di hujung rambut.Ammar pula diserbu rasa bersalah.Akhirnya,Allah lebih menyayangi nya.Risya tiada lagi di muka bumi ini.Hanya namanya sahaja.Ammar menjalani liku-liku hidup dengan penuh duka.Walau beribu wanita cantik yang datang padanya,dia tidak akan mudah tergoda.Hanya Risya sahaja yang mampu menggoda jiwanya.Ternyata,Alllah masih menyayangi dirinya.Pertembuan yang tidak disangka menggembitrakan hatinya semula.Misha Darlina,gadis itulah yang mampu menyembuhkan luka lamanya.Wajahnya sememangnya mirip sekali.Hanya dialah pengubat ridunya yang terpendam selama ini.Malangnya,Misya anti lelaki.Dia benci akan kaum itu.Cinta Ammar tidak disambut.Misya terus menolak cinta lelaki itu.Ammar tidak mahu perkara dahulu berulang lagi.Punah hatinya masih terasa lagi.Mampukan Ammar meraih cinta Misya di saat kekasih dahulunya menagih janji.Antara persahabtan dan percintaan,yang manakah akan dipilihnya?
-TAMAT-
***Suka???Like****
kalu bnyk like..nnti kita buat full story ye!
Sunday, 5 June 2011
Teman paling istimewa..
Setiap gadis yang meningkat dewasa pasti mendambakan seseorang yang dianggap sebagai teman lelaki.Begitu juga dengan Yana,gadis tingkatan lima di Sekolah Sri Bangsar.Dia memiliki tubuh badan yang gempal serta berkaca mata putih.Dia adalah seorang gadis yang gemar makan coklat dan kek.Tanpa kedua-dua itu,hidup dia akan merana.Semua teman-temannya sibuk mengata keadaan fizikalnya,termasuklah kumpulan Slim yang terdiri daripada Zira,musuh ketatnya.Namun,Yana tidak mempedulikan karenah kumpulan itu.Baginya lebih baik kita menjadi diri sendiri daripada mengikut personaliti orang lain.
Setiap hari pasti Yana akan dicaci bahkan suatu hari dulu,Zira dan kawan-kawannya pernah menjaja dan menfitnah namanya ke satu sekolah.Semua kaum lelaki memandang rendah dan hina pada diri gadis itu.Yana semakin hari semakin buntu mencari jalan penyelesaian.Puas Yana meminta maaf namun layanannya tidak diendahkan oleh kumpulan Slim itu.Sebenarnya,sebagai seorang gadis yang normal,dia sememangnya menginginkan seseorang yang dikatakan sebagai teman lelaki.Semua kawan sekelasnya purata mempunyai teman lelaki masing-masing.
Termasuklah dua orang rakan baiknya Mira dan Alya.Hanya dua orang gadis itulah yang sentiasa menyokongnya dari belakang.Yana sedar dari personalitinya yang tidak menarik,tiada sesiapun yang ingin berdamping dengannya,apalagi hendak berteman dengannya.Berbeza dengan Zira,semua orang lebih gemar berkawan dengannya.Bahkan,dia juga mempunyai teman lelaki keliling pinggangnya.Mahu tidaknya.,dengan bentuk badannya yang ramping,rupa paras yang menawan,sesiapa sahaja yang melihat pasti tertawan.
Akhirnya,berkat sokongan kedua orang sahabatnya,Yana telah berubah sepenuhnya.Semenjak cuti pertengahan tahun lagi satu sekolah perasan akan perubahan ketara itu.Yana semakin cantik bahkan lebih cantik daripada Zira,gadis bermulut murai itu.Semua lelaki terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh Yana.Dia kini tidak lagi memakai cermin mata dan yang paling menabjubkan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar ialah bentuk badannya.Kalau dulu dia sering diejek kerana bentuk fizikalnya tetapi kini dia menjadi idola bagi seluruh pelajar perempuan.Tidak kurang juga bagi pelajar-pelajar lelaki,nama Yana sering menjadi idaman setiap pelajar lelaki di Sekolah Sri Bangsar.
Sebut sahaja nama Yana semua orang mengenali dirinya.Yang paling lawak sekali,ada seorang pelajar lelaki yang selamba sahaja meluahkan perasaan cintanya pada Yana.Habis gosip itu tersebar di serata sekolah.Malu dibuatnya.Malah,ini membuatkan Zira bertambah geram apabila teman lelakinya,Ashraf,meninggalkannya.Yana sendiri juga hairan dengan setiap lelaki yang mendampingi Zira apatah lagi, menjadi teman lelakinya.Manakan tidaknya,mulutnya sekali berceloteh memang seperti laser.Nasiblah Yana sudah terbiasa dengan mulut laser musuhnnya itu.
Setiap hari,pasti ada sahaja pujian yang diterima gadis itu.Namun semua pujian itu lansung tidak membuatkan Yana berasa terharu.Dia hanya suka akan sesearang itu sahaja.Mira dan Alya sudah mengerti siapa lelaki bertuah itu.Sejak dari tingkatan dua lagi, Yana sangat suka berkawan dengan Ashraf.Perwatakan lelaki itu sungguh menarik sehingga menjadi pujaan setiap pelajar perempuan di sekolah ini.Namun,dahulu Yana tidak berani meluahkan perasaanya kerana bentuk badannya yang sering menjadi ejekan semua pelajar.Pernah sekali,Yana terdetik di hatinya untuk tidak mahu wujud dalam dunia ini kerana hadirnya gadis itu lansung tidak disukai dan dihargai orang ramai.Mujurlah,Ashraf pernah sekali memberi kata-kata semangat padanya.Sejak dari itulah Yana sentiasa tabah menghadapi cacian dari semua pelajar.
Bahkan ada sahaja orang yang ingin mempersendakan dia di khalayak ramai.Siapalah yang sanggup menghadapi semua ejekan itu?.Mira dan Alya juga hairan dengan ketabahan dan kecekalan hati yang dimiliki oleh gadis berumur 17 tahun itu.Yana hanya bersabar dengan semua kejahatan yang dibuat pada dirinya lebih-lebih lagi Zira.Bahkan Yana selalu berdoa agar suatu hari nanti Zira dapat menjadi kawan baiknya.Sehinggalah pada suatu hari Ashraf menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki Yana.Siapa yang tidak seronok jikalau jejaka pujaan semua gadis di Sekolah Sri Bangsar menjadi teman lelaki mereka?.Berbeza dengan gadis itu,dia tidak menerina tawaran lelaki itu.Dia tidak rela jikalau temannya ,Zira,berasa cemburu dan marah suatu hari nanti jika melihat dirinya bersama bekas teman lelakinya.
Jadi,Yana memutuskan untuk berkawan sahaja dengan Ashraf.Habis heboh satu sekolah menyatakan bahawaYana sendiri yang terhegeh-hegeh untuk berkawan dengan lelaki itu.Zira sendiri hairan dengan sikap Yana yang tidak menerima Ashraf sebagai teman lelakinya.Setiap hari, Ashraf dan Yana akan keluar rehat bersama-sama.Pergi sekolah juga boleh dikatakan sentiasa bersama-sama.Semua pelajar Sekolah Sri Bangsar cemburu melihat keakraban mereka.Yana berasa sungguh gembira dapat berkawan dengan lelaki itu.Sehinggalah pada suatu hari,kelibat Zizi lansung tidak kelihatan selama seminggu..Ada gosip yang mengatakan Zizi kecewa ditinggalkan oleh Ashraf lalu membunuh diri.Yana diserbu rasa bersalah.Apakah salah Yana ingin berkawan dengan Ashraf?.Akhirnya Yana mengambil keputusan untuk menziarahi Zizi di rumahnya.Rupa-rupanya,Zizi menghidapi penyakit demam campak.
Mujurlah,penyakitnya sudah beransur pulih.Namun,kesan parut akibat demam campak itu masih jelas kelihatan.Zizi menjelaskan bahawa dia berasa malu untuk ke sekolah dengan penampilannya yang sudah buruk.Yana menasihatinya dengan penuh kesabaran.Yana memberikan tips-tips untuk mengurangkan masalah parutnya.Semakin hari,hubungan antara Zizi dan Yana semakin akrab.Bahkan parut di muka Zizi juga beransur hilang.Berkat kesabaran Yana selama ini,Zizi,Yana,Mira,Alya dan Ashraf telah membentuk satu ikatan sahabat yang paling utuh di sekolah Sri Bangsar.Dan,Yana sedar teman lelaki tidak semestinya perlu dimiliki oleh setiap gadis.Ikatan persahabatan yang lebih utuh lebih bermakna dalam hidup kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)